My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, August 24, 2010

Kek Mentega Marble.....resepi I

Dah lama tak buat kek biasa2 gini....kalau dulu2,belajar buat kek biasa ngan kakak la...dulu sukat pakai cawan je..mana ada timbang-timbang ni.Pas tu pakai marjerin ja...lebih jimat. Kali ni buat marble sikit,pas tu taruk 1 sd teh ovalette je untuk dapatkan tekstur halus sikit mcm kek span buh ovalette tuu..ada la sikit tekstur tu..ni sbb gara2 nak jimat ovalette la ni...maklum la dok merantau ni...susah nak dpt.Sebenarnya kami nak buat kek ni untuk majlis Iftar ...berbuka puasa kat masjid hari Ahad ni.Satu org buat utk 100 org makan..ni yang testing dulu sebab dah lama tak buat.
Bahan-bahan:

  • 200 gm mentega...lembutkan pada suhu bilik
  • 200 gm gula
  • 5 biji telur
  • 250 gm tepung gandum
  • 1/2 sd teh soda bikarbonat
  • 1 sd teh baking powder
  • 1/4 sd teh garam
  • 1 sd besar air lemon
  • 1 sd teh ovalette
  • sedikit essen vanilla dlm 1/2 tutup botol dia

Cara-cara:

  • Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik..ketepikan dulu/ayak terus ke dalam adunan telur dan mentega nanti
  • Pukul mentega bersama gula hingga kembang.Masukkan telur dan essen vanilla...pukul lagi sehingga kembang
  • Masukkan tepung yang diayak bersama sebuk penaik tadi bersama garam dan 1 sd teh ovalette
  • Pukul lagi hingga sebati
  • Sebelum itu panaskan oven anda selama 10-15 minit
  • Alas loyang pembakar dengan cooking sheet/sapu dengan sedikit minyak/marjerin pada dasar dalam loyang.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut citarasa anda
  • Tuangkan 1 bahagian adunan ke dalam loyang, kemudian tuangkan 1 lagi adunan berlainan warna ke atasnya lakukannya berselang seli warna sehingga habis
  • Sedia dibakar pada suhu 170 C lebih kurang selama 35-40 minit

5 comments:

izahdaut said...

cantik n sweet je kek tu..

Mas said...

cantik la kek tu...nampak gebu jer...

anie,Nagoya said...

warna-warni...kita pun dh lama tak buat kek.sedap tak?jgn lupa 1 adunan tuk kita...

maz said...

salam ida..waaaa..comelnya kek ida tu..brseri2..msti cdp tu..slmat brshur ye..

Ida,Japan said...

Alhamdulillah sedapp...terima kasih sume